Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Inggeris: Malaysia External Trade Development Corporation; lebih dikenali sebagai MATRADE) ialah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[1][2]MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007.[3] Tan Sri Dr. Halim Mohammad merupakan Pengerus MATRADE sejak 1 Januari 2019.[4]